Friday, January 18, 2008
Nak nyanyi ke nak tunjuk body?

Faizal, baru-baru ini menggemparkan dunia hiburan, dengan membuka baju ketika satu persembahan secara langsung di 8tv PJ. Pelik, gamaknya kalau tak ada undang-undang kat Malaysia ni mahu dibuka semua pakaiannya.

Dunia hiburan dah mula mengganas.


Posted at 05:58 pm by zirmy
Comment (1)  

Misteri Sharlinie.

Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

 

 


Posted at 05:43 pm by zirmy
Klik & Letak Komen Anda  

Thursday, November 29, 2007
PUTING OH PUTING !!!!

          

             

 

         

 

Kalau rasa-rasa nak tempah boleh la hubungi saya... hhehehehe


Posted at 05:41 pm by zirmy
Klik & Letak Komen Anda  

KHASIAT PELUK ISTERI

 
(UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN) 
 
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
 
Pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, "Fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan, seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
 
Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah", katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks : Penawar dan Rawatan bagi Banyak Penyakit di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perpektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang baru-baru ini.
 
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolestrol dan meningkatkan kesihatan isteri.
 
"Oleh itu, suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap," katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
 
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berterampilan menarik. "Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri," kata Fadzilah.

Posted at 05:40 pm by zirmy
Klik & Letak Komen Anda  

Friday, November 23, 2007
AURAT MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

HUKUM AURAT WANITA ISLAM



Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah
dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan
kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut
keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian
"WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai
menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya  tanpa
banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara
mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam
Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat
mereka!!!!!!.  Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang
HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan
dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku
beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.  Antaranya ialah sebagaimana
berikut;

Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang
lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa
yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.  Khilaf ulama' dalam
mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur
(24).  Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur
ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari
tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah
"aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan
dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab
RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah  supaya tidak membenarkan
wanita Islam mandi  bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn
Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)  beliau berpendapat maksud
`aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik
akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna
wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya
dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan
Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri,
maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni
(mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn
Arabi.

MASALAH PERTAMA:  Hukum lelaki yang baligh melihat perempuan ajnabi.
Di bawah ini saya nyatakan beberapa masalah di sekitar hukum ini:

a) Haram melihat kepada aurat perempuan yang ajnabi. Aurat perempuan
di hadapan lelaki ajnabi sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur
fuqahak ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak
tangan.

b) Fuqahak telah berselisih pendapat mengenai muka dan dua tapak
tangan perempuan ajnabi, adakah ia aurat atau tidak.

Menurut sebahagian ulamak, kedua anggota ini adalah aurat yang wajib
ditutup samada ia menimbulkan fitnah ataupun tidak, atau samada akan
menaikkan syahwat kepada lelaki yang melihat ataupun tidak.

Sebahagiannya pula berpendapat bahawa kedua anggota ini bukanlah aurat
yang wajib ditutup. Tidak diharamkan bagi seorang lelaki melihatnya.

Walaubagaimanapun mereka ini bersepakat mengatakan bahawa keduanya
haram dilihat apabila akan menimbulkan fitnah. Ini bermakna mereka
bersetuju mengatakan haram hukumnya bagi lelaki ajnabi melihat kedua
anggota ini apabila menimbulkan fitnah atau melihat keduanya dengan
syahwat.

c) Pengharaman melihat aurat bukan sahaja pada anggota yang masih
berhubung atau melekat dengan tubuh badan, bahkan diharamkan juga
melihatnya setelah ia bercerai dari tubuh badan seperti kuku, rambut,
bulu kemaluan dan lain-lain.

Wajib menyimpan anggota atau bulu yang telah bercerai dari tubuh badan
dari dilihat oleh lelaki atau perempuan ajnabi.

MASALAH KEDUA: Kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan
melihat perempuan.

Perempuan tersebut wajib menutup anggota di antara pusat dan lutut
sebagaimana auratnya di hadapan mahram.

MASALAH KETIGA: Lelaki yang hampir baligh.

Lelaki yang hampir baligh diharamkan melihat aurat perempuan yang
ajnabi sebagaimana lelaki yang telah baligh (lihat masalah pertama).

MASALAH KEEMPAT: Lelaki yang terpotong zakarnya dan buah pelirnya

Lelaki ini diharuskan melihat perempuan yang ajnabi sebagaimana dia
melihat mahramnya, iaitu selain anggota di antara pusat dan lututnya.

MASALAH KELIMA: Lelaki yang hanya mempunyai zakar sahaja tanpa buah
pelir atau yang mempunyai buah pelir sahaja tanpa zakar

Lelaki ini seperti hukum lelaki yang normal, iaitu yang mempunyai
zakar dan buah pelir (lihat masalah pertama).

MASALAH KEENAM: Hamba lelaki melihat tuannya (perempuan)

Jika hamba tersebut bersifat adil (tidak fasik) dan tuannya juga
bersifat adil, maka harus melihatnya sebagaimana melihat mahram, iaitu
selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

MASALAH KETUJUH: Melihat hamba perempuan

Melihat hamba perempuan sebagaimana hukum melihat perempuan yang
merdeka (lihat masalah pertama).

MASALAH KELAPAN: Melihat kanak-kanak perempuan

Harus melihat seluruh anggota kanak-kanak perempuan yang belum sampai
peringkat diingini oleh lelaki kecuali pada farajnya.  Diharuskan
kepada ibubapa, penjaga atau perempuan yang menyusukan kanak-kanak
perempuan yang masih dalam peringkat menyusu dan asuhan melihat dan
menyentuh farajnya. Kerana dalam usia begini, ibu ataupun pengasuh
terpaksa membasuh farajnya dari najis, mengubatinya atau sebagainya.

Melihat dan menyentuh zakar kanak-kanak lelaki adalah sebagaimana
faraj kanak-kanak perempuan.

MASALAH KESEMBILAN: Melihat perempuan yang telah tua

Imam al-Ghazali berkata bahawa hukum melihat perempuan ajnabi yang
telah tua adalah sebagaimana hukum melihat perempuan yang masih muda.

MASALAH KESEPULUH: Melihat perempuan yang mahram (yang haram dinikahi
seperti ibu, saudara perempuan dan sebagainya)

Seorang lelaki diharamkan melihat anggota di antara pusat dan lutut
mahramnya. Dia diharuskan melihat selain dari anggota tersebut.

Dia juga diharuskan berkhalwat dan bermusafir bersama mahramnya.

MASALAH KESEBELAS: Lelaki melihat lelaki

Seorang lelaki diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat
dan lutut lelaki lain.

MASALAH KEDUABELAS: Melihat lelaki muda belia yang belum ditumbuhi
janggut atau bulu (amrad)

Haram melihatnya dengan syahwat.

MASALAH KETIGABELAS: Perempuan melihat perempuan

Sebagaimana hukum lelaki melihat lelaki (lihat masalah kesebelas).

MASALAH KEEMPATBELAS: Perempuan kafir melihat perempuan muslimah

Diwajibkan kepada perempuan muslimah menutup auratnya di hadapan
perempuan kafir kerana tidak, berkemungkinan dia akan menceritakan
auratnya kepada lelaki kafir.

MASALAH KELIMABELAS: Perempuan melihat lelaki yang ajnabi

Sebagaimana hukum lelaki melihat perempuan yang ajnabi (lihat Masalah
pertama).

MASALAH KEENAMBELAS: Perempuan yang fasik melihat perempuan yang
terpelihara kehormatannya

Perempuan yang terpelihara kehormatannya wajib menutup auratnya di
hadapa perempuan yang fasik kerana melakukan zina atau lebian
(hubungan seks antara perempuan dengan perempuan)

MASALAH KETUJUHBELAS: Suami melihat isteri  

Di bawah ini adalah masalah yang berhubung kait dengan hukum ini:

a) Harus bagi suami melihat seluruh tubuh badan isterinya atau hamba
perempuan yang halal untuknya, tetapi makruh melihat farajnya
lebih-lebih lagi batin farajnya.

b) Diharuskan juga menyentuh farajnya. Manakala melihat dan menyentuh
duburnya tanpa memasukkan zakar ke dalamnya adalah harus.

c) Pengharusan ini hanya berlaku ketika isterinya masih hidup lagi.
Setelah kematiannya, hukumnya adalah sebagaimana melihat mahramnya
(lihat masalah kesepuluh).

MASALAH KELAPANBELAS: Isteri melihat suami

Sebagaimana hukum suami melihat isteri (lihat masalah ketujuhbelas).

MASALAH KESEMBILANBELAS: Menyentuh sesuatu yang haram dilihat

Masalah di sekitar hukum ini ialah:  a) Haram menyentuh sesuatu yang
haram dilihat sebagaimana yang tercatat di dalam masalah-masalah yang
lalu, kerana menyentuh adalah lebih mendatangkan kenikmatan dan
kelazatan lagi jika dibandingkan dengan melihat.

b) Haram bagi dua orang lelaki atau dua orang perempuan berbaring di
dalam satu kain atau selimut dalam keadaan berbogel dan di atas satu
tilam.

Ibubapa atau penjaga wajib memisahkan di antara kanak-kanak lelaki
atau perempuan dari tempat tidur ibubapanya. Begitu juga antara adik
beradik  lelaki dan perempuan.

c) Haram memicit atau mengurut peha lelaki lain tanpa lapik. Jika
berlapik, maka diharuskan tetapi dengan syarat tidak dikhuatirkan
fitnah dan tidak dengan syahwat.

d) Haram menyentuh mahramnya, begitu juga sesama lelaki atau sesama
perempuan sekalipun pada anggota yang harus dilihat seperti pada kaki
atau perutnya, termasuk mengusapnya kecuali kerana hajat atau
dilakukan kerana timbul dari perasaaan kasih sayang serta bebas dari
fitnah dan syahwat.

e) Haram menyentuh muka perempuan yang ajnabi sekalipun diharuskan
melihatnya kerana hendak meminang.

f) Hukum berjabat tangan.

i- Seorang lelaki diharamkan berjabat tangan dengan perempuan yang
ajnabi. Dalil yang mendasari hukum ini ialah:

Dalil pertama:  Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiyidah
Aisyah r.a. mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah r.a. berkata:  " Demi Allah,
tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan
itu. Baginda hanya membai'at mereka dengan perkataannya: "Benar-benar
telah aku bai'at kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata:
"Maksud ucapan Rasulullah s.a.w.:  "Benar-benar telah bai'at kamu
dengan ucapan."  adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang
biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah
dijalankan.

Dalil kedua:  Dari Abdullah bin Amr bin al-As r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. tidak pernah berjabat tangan tangan dengan
perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad)

Sunat berjabat tangan antara sesama lelaki atau sesama perempuan
ketika bertemu.

Makruh berjabat tangan dengan orang yang mempunyai penyakit kusta.

Haram hukumnya berjabat tangan dengan amrad (lelaki muda yang belum
tumbuh misai atau bulu) dengan disertai oleh syahwat.

g) Makruh memeluk dan mengucup kepala sesama lelaki atau sesama
perempuan kecuali terhadap orang yang baru sampai dari musafir atau
orang yang lama tidak ditemui. Bahkan perkara ini sunat dilakukan.

h) Sunat mengucup tangan orang soleh, warak, berilmu agama atau
sebagainya yang dihormati dan dimuliakan dari segi agamanya. Manakala
makruh hukumnya melakukan perkara tersebut terhadap orang yang
dihormati dari sudut keduniaannya, seperti orang yang berpangkat,
orang kaya atau sebagainya.

i) Diharuskan mengucup mayat orang soleh.

j) Sunat mengucup kanak-kanak sekalipun anak orang lain kerana kasih
sayang.

k) Sunat berdiri untuk orang yang mempunyai kelebihan di dalam bidang
ilmu agama kerana menghormatinya, bukan kerana riyak, membesarkan atau
mengagungkannya.

l) Makruh membongkokkan badan terhadap sesiapa sahaja.  

KEADAAN KEDUA: MELIHAT DENGAN HAJAT

Berikut ini adalah masalah yang berhubung kait dengan keadan kedua
ini, iaitu:

1) Harus melihat muka dan tapak tangan perempuan ajnabi kerana hendak
mengahwininya

2) Kerana hendak membeli hamba perempuan.

Diharuskan melihat selain dari anggota di antara pusat dan lutut.

3) Kerana bermuamalat atau berurusan dengan perempuan seperti berjual
beli. Yang dibenarkan hanyalah melihat mukanya sahaja untuk
mengenalinya.

4) Menjadi saksi, seperti melihat faraj atau zakar kerana menjadi
saksi zina atau melihat buah dada kerana menjadi saksi penyusuan.

5) Harus melihat dan menyentuh perempuan ajnabi dengan tujuan berbekam
atau mengubatinya, tetapi dengan dua syarat:  a) Pengubatan itu
dilakukan di hadapan mahram, suami atau dua orang perempuan yang boleh
dipercayai.  b) Tidak terdapat seorangpun perempuan yang boleh
mengubatinya.

6) Harus melihat muka perempuan ajnabi dan amrad ketika mengajar
dengan syarat:  a) Ketiadaan tenaga pengajar wanita.  b) Berkeuzuran
untuk mengajar di balik tabir, sebagai contoh: Ketika mengajar menulis
atau menjahit guru terpaksa mengajarnya tanpa tabir.  c) Ada mahram,
suami atau dua perempuan yang boleh dipercayai bersama perempuan
tersebut.

7) Haram mengajar isteri yang telah ditalak.

Demikian himpunan hukum-kukum yang berkaitan dengan aurat perempuan
yang dikutip dari Al-Quran, Hadis dan Ulama-ulama yang Muktabar.

Kesimpulannya;  tidak syak lagi bahawa WAJIB bagi seorang perempuan
menutup kepala dan seluruh tubuh kepada lelaki-lelaki asing.

Sebagai pengakhirnya renungilah firman Allah Taala seperti di bawah,
semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan
perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai
sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih
ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat
kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat
dengan kesesatan yang jelas nyata." {Surah Al-Ahzab:36}  .  Allahu
A'lam

                                                                         

Rujukan
Al-Quran
Kitab-kitab tua
Al-Ahkam on line


Posted at 05:44 pm by zirmy
Klik & Letak Komen Anda  

Thursday, October 11, 2007
Bila Nak Bawa Isteri Shopping Raya


Go to fullsize image

Apabila datang hari kebesaran ini, orang yang paling banyak sekali
berfikir
ialah isteri kita. Memerahkan otaknya menghias ruang tamu dan hidangan
meja
untuk menceriakan hari tersebut. Yang paling menjemukan kita ialah
apabila
dia mengajak kita pergi shopping. Suami yang paling susah hati ialah
isterinya yang bekerja yang ada duit sendiri. Kita tiada 'kuasa' untuk
menahan kehendaknya. Kita lebih rela menjaga anak di restoren atau
taman
kanak-kanak yang berdekatan dengan kompleks beli belah dari mengekor
isteri
kita bershopping. Bukan kita tidak suka dia membeli barang-barang untuk
hiasan rumah dan juga anak-anak sebab kesemuanya itu adalah untuk
memudahkan diri kita juga. Tetapi cara isteri kita shopping itu yang
sangat
menjemukan kita.


Mana tidaknya, dia akan tawaf satu komplek dulu 2-3 jam dan akhirnya
barulah beli barang yang nak dibeli itu. Kita suami ni pula membeli
secara
objektif, sampai ke car park, terus ke kedai, beli, bayar dan terus
pulang.
2-3 minit aje.


Lagi menjemukan kita bila dia inginkan pendapat kedua dari kita
seperti,
"Bang, kain ni sesuai tak dengan Yah?" sambil diletaknya sedikit hujung
kain yang masih bergolong di rak pameran di atas lengannya. Kita pun
kata,
"Ennn, cantik?. Kemudian dia akan ambil lagi kain yang disebelah dan
diletak lagi di atas lengannya dan malah kali ini dilabuhkannya sampai
ke
hujung kaki dengan bertanya sekali lagi, "Yang ini pula Bang?,". Kita
pun
menjawab, "Cantik juga?". Dia pun naik kelabu fikiranya dan meminta
kepastian, "Abang cakaplah betul-betul, yang mana sesuai untuk Yah?"
Kita
mula naik 'fed up'. "Mana-mana aje lah" . Dengan meninggikan sikit
suara
agar cepat-cepat dia membuat keputusan.


Apabila dia tengok muka kita dah naik mencuka, dia pun letakkan kembali
kedua-dua kain tadi dan terus beralih ke bahagian kanak-kanak untuk
membeli
pakaian anak-anak kita. Kita pun terasa puas dengan anggapan yang
isteri
kita tahu yang kita sedang marah padanya sebab banyak sangat membuang
masa.
Bila balik ke rumah isteri kita pula asyik bermasam muka sedangkan
pakaian
anak-anak semua dah dibelikan dan bahan-bahan untuk buat kek dan biskut
pun
semuanya lengkap. Kita pun naik pening. Harapan isteri kita pada pagi
tadi
yang  begitu tinggi keseronokan pergi bershopping akhirnya bertukar
kepada
malam yang bermuram durja.


Mengapa boleh terjadi demikian?
   1. Semasa kita keluar bersama-sama dengan isteri tadi, kita tidak
      dengan niat yang benar-benar mahu menolong dan menghiburkannya.   Di dalam otak pemikiran kita masih ada agenda lain yang kita rasa lebih penting  yang masih kita fikirkan. Atau kita telah membuat  temujanji dengan kawan-kawan kita pada waktu yang tertentu pada sebelah petang hari itu juga. Ini menyebabkan fikiran kira sentiasa mendoakan agar aturcara shopping ini berakhir tepat mengikut apa yang kita  jadualkan. Oleh itu jika isteri kita asyik membelek satu-satu
kain ambil masa yang lama, kita mulalah nak menjadi 'time-keeper'.
Jika lebih waktu, kita mula naik 'hot'.

   2. Kebanyakan isteri kita ni amat teliti semasa membeli-belah dan
ingin berjimat agar duit yang dia belanjakan itu bernilai tinggi
baginya. Diikuti pula dengan cara pemikiran mereka yang menilai sesuatu
barangan itu dari pelbagai sudut. Kalau kita sang suami hanya
fokus kepada harganya sahaja. Tetapi isteri akan melihat dari sudut
kesesuaian dengan kasutnya, sesuai dengan warna kulitnya, ada tak
rakan sepejabatnya yang memiliki kain yang sama dan sebagainya.
Inilah menyebabkan dia susah nak membuat keputusan. Maka
pandangan kedua dari kitalah yang dia harap-harapkan sebagai kata pemutus.
Jika kita kata, "Abang suka yang ini sebab corak dan warnanya memang
abang suka." Pasti dia akan kembang kincup hidungnya dan terus membeli
kain itu dengan hati yang riang.  Nanti apabila rakan-rakannya komen,
dia  akan berkata, "Baju ini abang I yang pilih kainnya". Di berasa
puas  yang kasihnya terbelai. Abangnya telah menghargainya. Dengan
hanya menyatakan sukanya kita atas pilih itu sudah cukup untuk
mengembirakan dia pada bulan itu. Bukankah kita juga yang bahagia
jika isteri kita gembira. 

3. Pergi shopping adalah satu aktiviti yang dapat menghilangkan
stress  bagi isteri kita dan malah menyeronokan pula kerana:
        

         1. Hiasan di komplek itu menyeronokkan dan melegakan dia.
             Sebab di
            rumah dah jemu hiasan dalamnya.
         2. Pengunjung yang juga bershopping adalah "peragawati" bagi
            isteri ini melihat fesyen yang mereka pakai.
         3. Dia pula yang sengaja mengenakan fesyen up-to-date, menjadi
            jelingan rujukan pengunjung yang lain juga. Rasa megah di
           hati jika ada yang jelling padanya.
         4. Hiasan perabut dan susun-atur di kedai adalah  rujukan
             hiasan dalaman di rumahnya.
         5. Dapat memegang dan memakai pakaian yang diminati, lebih
            meningkatkan kepuasan menilai pakaian sebelum dibeli.
         6. Mengetahui harga barangan terkini adalah satu senjata tawar
            menawar untuk mendapatkan harga termurah, terkualiti dan
            terpuas.
         7. Dapat membeli barangan / pakaian yang diimpikannya
            (diangan2kan) itu laksana bulan jatuh ke riba, 2-3 hari
            masih
            seronok menceritakan kepuasan dapat memilikinya.


Oleh itu, jika kita telah bersetuju untuk bersama dengannya pergi
'shopping', maka letakkan niat untuk menolong dan menghiburkannya pada
hari
itu. Sebelum melangkah ke pintu, Angkat tangan dan tadah ke langit
dengan
menyebut niat,


"Sahaja aku keluar shopping untuk menghiburkan isteri pada hari ini
kerana
Allah Ta'ala".


Kosongkan agenda lain yang mungkin mengganggu perjalanan agenda
shopping di
kepala kita. Pohonlah keberkatan dari Allah sehari bersama dengannya
ini.


Selamat Mencuba.


Posted at 10:49 am by zirmy
Klik & Letak Komen Anda  

Monday, August 27, 2007
Nisfu Syaaban

Sedar tak sedar kita sibuk mengharungi hidup, kita sudah melangkah ke bulan Ogos. Dalam bulan Islam pula sekarang sudah pun bulan Syaaban 1428. Lepastu bulan Ramadan pula menjelma. Berpuasa lah kita pulak yerrr...!!! Ok kali ini keta buka sikit topik berkaitan keagamaan sikit. Tentang bulan Syaaban.

Dalam bulan Syaaban, terdapat satu malam yang dikenali dengan 'Nisfu Syaaban' iaitu malam yang mempunyai keistimewaan dan merupakan salah satu malam yang paling mustajab (doa dimakbulkan), malam pengampunan dan merupakan malam yang penuh dengan rahmat.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dari Yahya ibni Abi Khasir, dari Irwah dari Aisyah Radiallahuanha berkata yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan rahmat-Nya (memakbulkan doa) pada malam Nisfu Syaaban ke langit bawah (langit dunia), maka Allah Subhanahu Wata'ala mengampunkan hamba-hamba-Nya lebih banyak bilangannya daripada bulu kambing kabilah bani Kalib.''

Sebahagian ahli hikmah berkata: "Sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk minta ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan pada bulan Ramadan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.''

Al-Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Ali Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

Apabila tiba malam pertengahan Syaaban maka hendaklah menghidupkan malam itu (dengan beramal ibadat) dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman: Siapa yang mohon keampunan maka Aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki maka Aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala Aku akan melepaskannya, adakah kamu … adakah kamu (berturutan pertanyaan dari Allah Subhanahu Wata'ala) sehingga terbitnya fajar Subuh."

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis yang dipetik dari kitab 'Zubdatul Waizzin' yang bermaksud: "Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Subhanahu Wata'ala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."

Dalam keghairahan kita merebut kelebihan malam Nisfu Syaaban ini, kita perlu berhati-hati agar tidak terjerumus ke dalam melakukan perkara-perkara bidaah, seperti melakukan Sembahyang Sunat Nisfu Syaaban, kerana sembahyang ini sebenarnya tiada sabit dalam ajaran Islam.

Di negara kita sendiri, apabila tiba malam Nisfu Syaaban orang ramai digalakkan menghadirkan diri memakmurkan masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara bagi merebut keistimewaan malam tersebut dengan memperbanyakkan dan meningkatkan amalan. Sekarang ini, cara umat Islam menghidupkan malam Nisfu Syaaban adalah dengan membaca Surah Yaa Siin tiga kali selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan setiap kali lepas membaca Surah Yaa Siin, dibaca doa. Pada bacaan Surah Yaa Siin pertama, diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua, diniatkan dengan memohon agar dijauhkan daripada bala dan pada bacaan kali ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Oleh itu janganlah kita leka dan lalai dengan kesibukan urusan duniawi semata-mata seperti urusan kerja, pejabat, sekolah, keluarga dan sebagainya sehingga tidak langsung merebut keistimewaan di bulan Syaaban ini khususnya malam Nisfu Syaaban.

Oklah yerr dah terlambat dah ni. Kejap lagi nak masuk waktu magrib. Saya nak ke surau la pulak. Ok sehingga berjumpa lagi , salam hormat.


Posted at 01:07 pm by zirmy
Comment (1)  

Wednesday, August 15, 2007
Pusara Di Lebuh Raya

Salam Hormat,

Bertemu lagi kali ini. Bersyukur kita dipanjangkan lagi umur. Minggu ini kita dikejutkan lagi dengan kemalangan jalanraya yang paling dasyat dalam sejarah tanah air. 20 orang telah tekorban dan berbelas lagi tercedera. Kenapa mesti lagi berlaku kemalangan dasyat begini. Sedangkan jalan raya kita adalah antara yang terbaik di dunia. Salah ibu mengandungkah? atau diri sendiri.

salah ibu yang mengandung?

Inilah topic yang akan kita nyanyikan setiap tahun, dan setiap tibanya musim perayaan. Lagu ini lah yang akan kita dengar di tv dan radio disamping lagu dendang perantau nyanyian P. Ramlee. Lagu korban di pusara. 5, 6, 7 , malah ratusan kematian setiap tahun perayaan. Angkanya bertukar-tukar bagaikan keputusan 4 nombor ekor.

Inilah mentaliti rakyat kita. Semangat kita boleh telah disalahgunakan di jalanraya. Kita boleh memotong, kita boleh bawa laju, kita boleh jadi superman di atas motor dan bermacam kita boleh di atas jalanraya. Tapi kenapa tidak di terapkan semangat kita boleh di padang bola? sedaplah sikit kita tengok.

Kenapa kita tidak didik anak-anak kita dari sekolah rendah lagi tentang peri pentingnya keselamatan jalanraya. Kita hanya belajar keselamatan jalanraya untuk lulus lesen memandu sahaja. Selepas pegang stereng dan pulas minyak kita lupa apa itu keselamatan. Tiada didikan dari sekolah rendah bermakna nyanyian lagu korban di lebuhraya bakal kita dengari lagi setiap tahun. Jangan kita nak herankan......

 ini lah hasil nya.

Ermmm terlupa pulak saya nak cuci kereta, tadi kekebun potong pisang. Bawa kereta masuk ke kebun biasalah... lumpur!!! oklah jumpa lagi, dan patuhi had laju.

 


Posted at 01:08 pm by zirmy
Klik & Letak Komen Anda  

Friday, August 10, 2007
"Dah Nak Merdeka?

Salam hormat,

Errrmmm diam tak diam dah pertengah bulan Ogos. Tak lama lagi sambutan hari kemerdekaan. Musim ni lerr kalau nak berniaga bendera. Kata orang marketing plan? Tapi dah banyak ke bendera Malaysia telah dijual? Kita tengok masih lagi terdapat bangunan kita yang masih belum ada satu pun bendera Malaysia terpasang. Harap-harap dua tiga hari lagi ada lah tu.

Ok, Bagaimana persiapan sambutan hari kemerdekaan di tempat anda. Mungkin belum sibuk lagi kot! Tapi tahun ni nampak tak begitu bersemangat. Masih kurang kenderaan-kenderaan yang mengibarkan bendera di atas kereta. Tak seperti tahun-tahun yang lepas. Kenapa ya? mungkin semangat kemerdekaan kita dak mula pudar, dek kemewahan yang kita kecapi selama ini. Kita alpa tentang sejarah dek mengejar wang ringgit. Harap-harap tak begitu.

Ok, apa kata pada tahun ini kita sama-sama menghadiri sambutan hari kemerdekaan yang diadakan ditempat kita. Kalau sebelum ini kita hanya menonton dikaca tv sahaja. Demi 50 tahun kemerdekaan ini kita sama-sama menunjukkan semangat kemerdekaan Malaysia. "Malaysiaku Gemilang"

Jumpa lagi yerrr. Nak ke pasar kejap. Ikan dengansayur belum beli lagi ni. Ok bye.

 

 


Posted at 07:04 am by zirmy
Comments (11)  

Tuesday, August 07, 2007
Pelajar cerca negara, polis

Biadab! Itulah perkataan tepat untuk menggambarkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang pelajar dari Muar, Johor, yang dikenali sebagai 'Namewee' kerana menghina lagu Negaraku, tidak menghormati kerajaan dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.


'Namewee' yang berusia 24 tahun, dipercayai masih mengikuti pengajian dalam jurusan Komunikasi Massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan.

Gaya dia menyanyikan lagu kebangsaan dan diberi nama 'Negarakuku' itu dapat dilihat dalam klip video selama lima minit 32 saat di laman web, YouTube dan sudah dilayari lebih 400,000 pengunjung sejak disiarkan pertengahan bulan lalu.

Dengan menyelit nyanyian rap dalam bahasa Mandarin, dia menyindir kerajaan dengan beberapa perkataan yang digunakan agak kasar dan lucah.
Perbuatan pelajar itu memberi gambaran negatif mengenai Malaysia kepada masyarakat dunia dan boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini.

Dalam lagu itu, pelajar berkenaan juga menyentuh sensitiviti masyarakat Islam dengan memperlekeh ibadat umat Islam dan sikap orang Melayu.

Dia turut menyindir anggota polis dengan gambaran anggota pasukan itu dalam rasuah serta memperlekeh kakitangan kerajaan kerana didakwa lembap menangani urusan pelanggan.

Klip video itu memaparkan 'Namewee' menyanyikan lagu berkenaan di sebuah bilik yang berlatarbelakangkan bendera Malaysia dengan diselang seli imej masjid dan dan umat Islam beribadat, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.

Beberapa imej yang dipercayai dicedok daripada iklan Tourism Malaysia sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2007 turut dipaparkan.

Pada akhir klip video berkenaan pula dipaparkan ayat yang berbunyi 'Jangan sue saye, saye takde duit' (Jangan saman saya, saya tak ada wang).

Sebelum ini, 'Namewee' juga pernah menghasilkan klip video yang memuatkan lagu rap berjudul 'Muar Chinese' yang menceritakan kisah daerah kelahirannya, Muar, Johor, yang mengandungi beberapa lirik lucah.

Menurutnya, pelajar itu sudah dikira melanggar Akta Lagu Kebangsaan dan boleh diambil tindakan jika berada di negara ini.

"Ketika ini proses mengenakan tindakan undang-undang terhadapnya agak rumit kerana dia masih berada di Taiwan.

"Tetapi jika dia balik, kita boleh ambil tindakan," katanya.


"Kalau ikut interpretasi Akta Hasutan, dia boleh dikenakan tindakan undang-undang, tetapi mungkin sukar kerana dia sekarang berada di seberang laut. Cuma kita menunggu tindakan lain yang boleh dikenakan," katanya.

Opppp... ayam kat reban belum kasi makan lagi... dah nak senja niiiii ok lerrr yerrr jumpa lagi


Posted at 10:42 am by zirmy
Comments (2)  

Next Page
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


Rakan Blog:
iklanusahawan.com



<






?u=zirmy86"

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed